Seorang maut, seorang terselamat dalam insiden bot terbalik di pantai Florida

Spread the love

FLORIDA, 27 Jan : Pasukan penyelamat di Amerika Syarikat (AS) telah menemui satu mayat ketika mereka menjalankan operasi pencarian bagi 39 orang yang dilaporkan hilang selepas bot yang mereka naiki terbalik di pantai Florida. 

Pengawal Pantai AS berkata bot tersebut dipercayai cuba menyeludup manusia tetapi gagal pada Rabu. 

Pada sidang media yang diadakan di Pantai Miami, Komander Pengawal Pantai Jo-Ann Burdian berkata usaha mencari dan menyelamat akan diteruskan selepas seorang mangsa dijumpai selamat.

Seorang warga awam, yang menaiki sebuah kapal komersial, ternampak mangsa tersebut bertenggek di atas badan bot yang separuh tenggelam di Lautan Atlantik dan menyelamatkannya. 

“Kami mengesyaki bahawa ini adalah kes penyeludupan manusia kerana kejadian ini berlaku di laluan yang selalu digunakan untuk menyeludup manusia,” kata Burdian. 

“Pegawai Keselamatan dalam Negeri Amerika Syarikat juga sedang menyiasat kejadian ini,”  

Manakala itu, seorang mangsa ditemui maut oleh kru sebuah kapal lain. Maklumat mengenai mangsa tersebut tidak akan didedahkan hingga keluarganya dimaklumkan. 

“Mangsa yang terselamat memberitahu pihak berkuasa, dia meninggalkan Pulau Bimini di Bahamas, kira-kira 50 batu (80 km) ke timur Miami, dengan menaiki bot bersama 39 orang lain pada malam Sabtu,” kata Pengawal Pantai AS. – TVS

Tags: florida, miami

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live