PM jumpa Zii Jia, Jin Wei dan pengurusan BAM

Spread the love

KUALA LUMPUR, 27 Jan: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengadakan pertemuan bersama kepimpinan tertinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan pemain perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia.

Pada pertemuan di Perdana Putra pada tengah hari tadi, BAM diwakili Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, Timbalan Presiden 1 Datuk V. Subramaniam and Timbalan Presiden 2 Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah pemain perseorangan wanita negara dan bekas juara dunia remaja, Goh Jin Wei.

“Perbincangan yang bermanfaat. Alhamdulillah semua selesai. Semoga sukan badminton negara terus cemerlang di pentas dunia, dan Jalur Gemilang kembali berkibar di luar negara,” kata Ismail Sabri menerusi catatan di akaun Facebook rasminya.

Jumaat lepas, BAM mengumumkan bahawa badan induk itu tidak akan mendaftarkan Zii Jia untuk beraksi dalam mana-mana kejohanan bagi tempoh dua tahun bermula 18 Jan, selepas pemain ranking ketujuh dunia itu menghantar surat untuk keluar daripada BAM pada 11 Jan.

Namun Selasa lepas Mohamad Norza telah memberikan lampu hijau kepada Zii Jia untuk beraksi sebagai pemain profesional, selepas menerima rayuan dan mengadakan perbincangan dengan pemain tinggi lampai itu. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live