Pelawak Pian Cecupak meninggal dunia

Spread the love

KUALA LUMPUR, 27 Jan : Pelawak Pian Cecupak atau nama sebenarnya Mohd Rafik Abdul Raman, 52, meninggal dunia pada 11 malam tadi,  di kediaman ibunya di Flat Sentul Murni, Taman Datuk Senu, Sentul di sini.

Berita pemergian pelawak berkenaan disahkan oleh adiknya Hasnah ketika dihubungi Bernama malam tadi.

“Allahyarham jatuh di dalam bilik air. Jenazah akan dikebumikan sebelum solat zuhur hari ini,” katanya. 

Sementara itu, pemergian arwah turut dikongsi anak saudaranya Syuhada Daud di laman Facebooknya sebentar tadi.

“Kehilangan sebuah permata berharga dalam keluarga. Penghibur kami sekeluarga. Tenanglah pakcik, doakan moga arwah ditempatkan dalam golongan beriman dan beramal soleh.

“Tugasmu di dunia sudah selesai, selamat pulang ke negeri abadi. Kami pasti merindui jenakamu, kami pasti menyusul,” katanya.

Pada 2018, Allahyarham dilaporkan dinasihatkan oleh doktor untuk melakukan pembedahan kerana masalah jantung yang dihadapinya amat serius. -TVS

Tags: #bm, pelawak

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live