Omicron: Khairy gesa orang ramai bekerjasama perangi pandemik

Spread the love

KUALA LUMPUR, 27 Jan : Orang ramai perlu bekerjasama untuk memerangi pandemik COVID-19 menerusi pemerkasaan komuniti susulan gelombang varian Omicron dalam negara, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Khairy menerusi akaun Twitter hari ini berkata, tiada sekatan atau kompaun tinggi akan dilaksanakan sebaliknya rakyat perlu menumpukan perhatian kepada tingkah laku sendiri.

“Pakai pelitup muka terutama di kawasan sesak. #TRIIS. Dapatkan dos penggalak. Sokong #PICKids (vaksinasi untuk kanak-kanak),” menurut ciapan beliau.

Terdahulu, Khairy berkata gelombang Omicron telah bermula di Malaysia dan kes COVID-19 dalam negara dijangka meningkat.

Bagaimanapun, beliau berkata situasi itu terkawal kerana negara mempunyai kadar vaksinasi yang tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan , Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata , bilangan kes COVID-19 dilaporkan hari ini sebanyak 5,439 kes menjadikan jumlah kumulatif 2,850,408 kes, meningkat daripada jumlah direkodkan semalam 4,744 kes.-TVS

Tags: #bm, omicron

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live