Masak ayam pansuh tepi sungai, menikmati damai di Nanga Sumpa

Spread the love

Lubok Antu, asal penatai aku, Enggau temegah ati, aku deka bekunsika ngagai dunya.

Lubok Antu, tempat lahirku yang indah, dengan bangga, ingin aku kongsikan kepada dunia.

Maafkan penulis sekiranya berlebihan mencatatkan kisah Lubok Antu, daerah yang menjadi belahan jiwaku pada ruangan ini.

Namun, ‘tidak adil’ sekiranya keindahan dan kedamaiannya hanya dinikmati oleh penulis dan mereka – mereka yang tahu sahaja.

Tersembunyi di bahagian ‘dalam’ peta Sarawak atau lebih tepat, terletak kira-kira 275 kilometer (km) dari Kuching, Empangan Hidro Batang Ai , di sini sebenarnya merupakan tempat yang sangat menarik untuk diteroka kerana kaya dengan budaya dan keindahan alam.

Lebih sekadar sebagai ‘kolam besar’ untuk menyimpan bekalan air dan menjana tenaga elektrik, empangan ini sebenarnya turut menjadi habitat orang utan dan nadi kehidupan penduduk di sini.

Batang Ai juga mempunyai Taman Negara yang bertujuan untuk memelihara orang utan.

Lebih tiga tahun lalu, kawasan pembalakan yang berada di kawasan hulu Batang Ai telah dibatalkan lesen oleh kerajaan negeri atas faktor untuk memelihara mamalia berkenaan. Langkah yang amat wajar diambil oleh pihak berkuasa, terima kasih.

Tidak lengkap pengembaraan di Lubok Antu tanpa mengunjungi Rumah Panjang Nanga Sumpa yang mengambil masa kira-kira 1 jam 45 minit dari Empangan Hidro Batang Ai.

Memukau, itulah perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan keindahan Nanga Sumpa yang dipenuhi rimbunan fauna , persis hutan Amazon di Brazil.

Nasihat kamek, sekiranya anda sampai di sini, ambil peluang ini untuk menyelami budaya komuniti Iban di rumah panjang.

Jangan bimbang, mereka ramah belaka dan pastinya menerima kehadiran anda dengan tangan terbuka.

Perjalanan menyelusuri sungai di Nanga Sumpa dengan bot pula benar – benar mendamaikan kerana disajikan kehijauan sepanjang jalan.

Sampai di kawasan cetek, rombongan penulis mengambil keputusan untuk berhenti seketika bagi menikmati makan tengah hari.

Kami sebenarnya turut membawa bahan basah untuk memasak di tepi sungai.

Tersembunyi di bahagian ‘dalam’ peta Sarawak atau lebih tepat, terletak kira-kira 275 kilometer (km) dari Kuching, Empangan Hidro Batang Ai , di sini sebenarnya merupakan tempat yang sangat menarik untuk diteroka kerana kaya dengan budaya dan keindahan alam.

Bersama seorang pemandu pelancong tempatan, kami menyediakan ayam pansoh yang dimasak dalam buluh dan juga pulut.

Ah , nyaman dan berselera ‘rombongan’ kecil menikmati makan tengah hari di tepi sungai yang dihiburkan dengan alunan muzik asli iaitu deruan air terjun dan kicauan burung . Selesai mengisi perut, apa lagi, terjunlah kami ke sungai.

Penulis sempat berbual dengan seorang pengunjung, Nazmi Suhaimi yang juga Pengarah Projek Sarawak 360 Experience-Stories From The Heart di Nanga Sumpa.

Kata beliau, Nanga Sumpa merupakan destinasi tepat untuk merasai pengalaman sebenar budaya Iban.

” Budaya sini tidak pupus, salah satunya seni pembuatan pasu. Jika di luar, mesin digunakan namun di sini, penghasilannya masih secara tradisional, lukis corak, proses mencari tanah dan sebagainya, segalanya asli dan bagi saya, sangat menarik untuk diselami,” ujarnya.

Pengalaman memasak di tepi sungai di Nanga Sumpa antara yang harus dicuba oleh pengunjung.

Kata Nazmi, sebelum ini pelancong lebih kenal Sepilok di Sabah sebagai tempat pemuliharan orang utan namun di Sarawak juga mempunyai tempat sama, specialty of Borneo, katanya. Ya, penulis bersetuju.

” Kita juga boleh mempelajari cara kehidupan orang Iban, bagaimana mereka mencari makanan, menggunakan perahu panjang, di sinilah tempatnya, Nanga Sumpa,” katanya.

Bersungguh – sunggu Nazmi yang bukan orang Iban berkongsi tentang kehidupan masyarakat kaum penulis, terbit rasa bangga.

Orang Iban turut dikenali sebagai pembuat kraftangan yang terbaik di Sarawak malah di Malaysia.

Produk pua kumbu yang popular di seluruh negara dan ‘terbang’ ke pasaran antarabangsa juga dihasilkan di sini.

Penduduk tempatan, Bejau Merom si pembuat kraftangan berkata, lama dahulu sebelum tercetusnya pandemik, produk dihasilkannya banyak dibeli oleh pelancong.

” Antara yang laris ialah pua kumbu dan sidan. Pernah sekali, seorang pelancong jadi rambang mata apabila memborong produk saya sehingga mencecah RM1500, tersenyum puas apabila ada yang berminat , setelah penat lelah menghasilkannya,”katanya.

Usai teruja berkongsi momen indah itu, Bejau kembali ke realiti ketika ini iaitu situasi tidaklah begitu baik ketika ini kerana tiada pelancong yang masuk.

“Saya harap keadaan akan pulih dalam masa terdekat,” katanya.

Resah yang sama turut dikongsi seorang lagi penduduk di sini, Dugat Jarau.

Katanya, sektor pelancongan merupakan sumber pendapatan utama penduduk di tiga buah rumah panjang di sini.

“Apabila berlakunya pandemik COVID-19, hilang pendapatan kami,” katanya.

Hang in there, segalanya akan pulih, itu sahaja yang mampu penulis titipkan buat mereka.

Tidak mahu larut lama dengan kisah sedih mereka, penulis meneroka keindahan lain.

Banyak lagi aktiviti yang ditawarkan di sini termasuklah jungle tracking, menjala ikan, membuat kraf, mandi manda di air terjun Wong Enseluai, berkhemah dan sebagainya.

Penulis pulang ke Kuching namun kesempatan balik ke Lubok Antu tetap istimewa.

Sekiranya anda ke Sarawak, jangan berlama – lama makan kek lapis di Kuching atau terus ‘terbang’ ke Mulu dan ke Gua Niah sahaja, sebaliknya singgahlah melawat komuniti Iban di Nanga Sumpa , Lubok Antu, nikmatilah pesona tempat kamek.

Datanglah, banyak jiwa dan senyuman yang menanti. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live