Lelaki miang mengintai wanita mandi dicekup polis

Spread the love

Sibu, 27 Jan : Seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan kerana disyaki mengintai seorang wanita yang sedang mandi di rumahnya di Rejang Park, Sibu pada Selasa lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu , Superintendan Dr Collin Babat berkata, ketika kejadian pengadu yang sedang mandi ternampak kelibat seorang lelaki melalui ruang kipas udara bilik mandi di rumahnya kira -kira pukul 7.30 pagi.

Katanya, pengadu yang bekerja sebagai pelayan di kedai kopi segera berlari keluar dan memanggil ibunya namun suspek melarikan diri.

” Polis kemudian telah menahan seorang penganggur yang tinggal bersebelahan rumah mangsa dan merampas dua buah telefon bimbit milik suspek,” katanya ketika dihubungi TVS di sini hari ini.

Menurut Collin, pemeriksaan polis mendapati tiada video atau gambar pengadu dalam telefon milik yang dirampas sebaliknya menemui banyak rakaman video ibu pengadu sedang mandi.

Suspek telah ditahan pada pukul 5.45 petang pada hari yang sama dan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah Amphetamine dan Methamphetamine.

Beliau memberitahu, suspek juga mempunyai 16 rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan kini direman selama empat hari untuk membantu siasatan.

” Kes disiasat mengikut Seksyen 292 kerana mempunyai bahan lucah dalam telefon bimbit dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang wanita,”katanya. -TVS

Tags: sibu

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live