Kanada akan hantar 400 tentera bantu pasukan di Ukraine

Spread the love

TORONTO, 27 Jan : Kanada akan mengerahkan hingga 400 anggotanya bagi membantu pasukan tentera Ukraine dan 60 daripadanya akan dihantar dalam tempoh beberapa hari akan datang, lapor Sputnik memetik Menteri Pertahanan Kanada Anita Anand sebagai berkata ketika sidang akhbar bersama Perdana Menteri Justin Trudeau.

“Hari ini, kami berbesar hati mengumumkan lanjutan dan peluasan Operasi Unifier. Dengan kira-kira US$340 juta kami akan meningkatkan kapasiti misi latihan kami di Ukraine, menempatkan hingga 400 anggota tentera Kanada dan 60 daripada mereka dihantar dalam beberapa hari akan datang,” kata Anand pada Rabu.

Pasukan ketenteraan Kanada menyediakan latihan seperti taktik, pelupusan bahan letupan buatan, tembak hendap, tinjauan dan perubatan, tambah Anand.

Trudeau menjelaskan Kanada melanjutkan operasi selama tiga tahun lagi dan menggandakan bilangan tenteranya di Ukraine daripada 200 kepada 400.

Operasi itu tertumpu di bahagian barat Ukraine di mana risiko terhadap tenteranya paling rendah dan mereka boleh menumpukan sepenuhnya kepada latihan dan misi sokongan, kata Trudeau.

Keselamatan warganegaranya kekal menjadi keutamaan dan sekiranya berlaku pencerobohan pihak Rusia, kerajaan akan memastikan anggota tentera kekal selamat, kata Trudeau.

Menteri Luar Melanie Joly berkata rakan sejawatannya dari Ukraine Dmytro Kuleba telah meminta Kanada melanjutkan Operasi Unifer. -TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live