Jabatan Penjara benar lawatan keluarga sempena Tahun Baru Cina

Spread the love

KUALA LUMPUR, 27 Jan: Jabatan Penjara membenarkan lawatan perjumpaan sempena sambutan Tahun Baru Cina ini kepada keluarga penghuni penjara mulai 3 hingga 7 Feb ini.

Jabatan itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan perjumpaan boleh diadakan melalui dua pilihan iaitu secara bersemuka (intercom) untuk pelawat yang telah lengkap divaksin, dan melalui panggilan video.

“Seorang penghuni penjara hanya dibenarkan untuk menerima sekali sahaja lawatan daripada keluarga dan lawatan perjumpaan hanya dibenarkan kepada pelawat yang membuat janji temu sahaja. 

“Terdapat tiga kaedah tempahan iaitu melalui sistem i-Visit di laman web www.prison.gov.my, panggilan telefon di institusi berkenaan dan melalui emel atau surat ke institusi berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu pihak penjara akan menetapkan tarikh dan sesi perjumpaan selepas tempahan dibuat dan masa perjumpaan tidak lebih 30 minit, yang juga bergantung kepada situasi institusi penjara berkaitan. 

Kenyataan itu memaklumkan hanya dua pelawat sahaja dibenarkan dalam kalangan keluarga yang telah ditetapkan pihak penjara, manakala bagi pelawat warga emas berumur lebih 60 tahun, kebenaran diberi adalah bersyarat iaitu mesti dalam keadaan sihat dan tidak bergejala.

Selain itu pelawat wajib mematuhi prosedur operasi standard Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 yang telah ditetapkan semasa perjumpaan.

“Bagi kebenaran perjumpaan secara panggilan video sahaja, adalah terpakai bagi penjara jika negeri atau tempat berkaitan berada di luar PPN Fasa 4 semasa tarikh lawatan ini berkuat kuasa,” menurut kenyataan itu.

Selain itu perjumpaan secara bersemuka (Pusat Reintegrasi Penjara dan Sekolah Henry Gurney) perlu mematuhi Panduan Lawatan Perjumpaan Banduan/Tahanan/Penghuni Norma Baharu.

Orang ramai yang ingin berurusan diminta menghubungi institusi berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut melalui laman web Jabatan Penjara. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live