Gelombang Omicron telah bermula di Malaysia – Khairy

Spread the love

KUALA LUMPUR, 27 Jan : Gelombang varian Omicron telah bermula di Malaysia dan dijangka meningkatkan kes jangkitan COVID-19 di negara ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata keadaan itu bagaimanapun mampu dikawal dengan kadar vaksinasi yang tinggi.

“Sistem kesihatan sudah bersiap siaga. Kes serius semakin kurang. Sama-Sama kita mengatasi gelombang ini,” katanya menerusi ciapan di akaun Twitter hari ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi catatan di laman Facebook memaklumkan kesiapsiagaan Kementerian Kesihatan turut meliputi pelaksanaan langkah-langkah kesihatan awam dan liputan ujian kendiri berkala.

“… diharapkan (langkah ini) dapat mengurangkan keparahan kes dan kemasukan ke hospital. Kes akan meningkat dan kita bersama dapat mengurangkan kesan peningkatan serta keparahan jangkitan terutama kepada golongan rentan,” katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live