Dipenjara dua tahun enam bulan kerana tipu duit rakan

Spread the love

SIBU, 27 Jan: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun enam bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas dia mengaku bersalah menipu rakannya sebanyak RM8,650 membabitkan tawaran pekerjaan tidak wujud.

Tertuduh, Hasirin Ismail , 52, dari Semporna, Sabah didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Mengikut fakta kes, pada 25 Jun 2020, tertuduh telah menawarkan mangsa untuk bekerja sebagai pengurus besar dengan gaji RM28,000 sebulan di sebuah ladang kelapa sawit di Kalimantan Barat, Indonesia.

Mangsa yang mengenali tertuduh selama 20 tahun dan pernah menjadi rakan sekerjanya selama tujuh tahun telah diperdaya untuk memindahkan jumlah wang tersebut ke dua nombor akaun bank melalui empat transaksi bermula 26 Jun 2020 sehingga 1 September 2020.

Wang itu adalah untuk pemprosesan permit kerja, yuran pendaftaran dan yuran visa.

Mangsa menyedari dirinya ditipu selepas mendapati syarikat itu tidak wujud dan nombor telefon juga tidak dapat dihubungi.

Susulan itu, mangsa telah membuat laporan polis yang membawa kepada penahanan tertuduh di Daro pada Isnin lalu.

Kes dibicarakan di hadapan Majistret , Mohd. Syukri Mohktar. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live