BKSS 8.0 diterima baik oleh rakyat Sarawak

Spread the love

KUCHING, 27 Jan : Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan melancarkan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 8.0 pada Jumaat.

Bantuan khas yang dianggarkan bernilai lebih RM285 juta itu disifatkan sebagai bantuan negeri terbesar yang pernah disalurkan.

Menurut peniaga yang terjejas akibat Covid-19, Azmin Abdul Rahim, 29, yang tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya, bantuan BKSS itu diharapkan dapat membantu golongan peniaga sepertinya.

Jackey Rami, 24, yang merupakan seorang pembantu kedai, turut meluahkan rasa gembira dan berharap agar bantuan dapat diteruskan bagi mengurangkan beban rakyat dan beliau berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak di atas keprihatinan mereka.

Sepanjang tahun 2020 dan 2021, kerajaan negeri telah melaksanakan tujuh pakej bantuan kepada rakyat, iaitu BKSS 1.0 hingga BKSS 7.0 dengan 30 program yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM5.30 bilion.

Menurut Abang Johari, BKSS 8.0 tidak termasuk peruntukan khas melebihi RM91 juta kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak bagi menampung perbelanjaan menangani pandemik Covid-19.

Dalam satu kenyataan Mesyuarat Khas Belanjawan Negeri 2022 pada Oktober tahun lepas, Abang Johari berkata pentadbirannya telah memutuskan untuk meneruskan beberapa inisiatif utama dalam pakej terdahulu di bawah BKSS 8.0 untuk enam bulan pertama tahun ini.

BKSS 8.0 juga selaras dengan lapan teras strategik Belanjawan Negeri 2022. – TVS

Tags: #BKSS 8.0, #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.