Bekalan telur ayam di Kuching dijamin mencukupi

Spread the love

KUCHING, 27 Jan : Isu bekalan telur ayam pelbagai gred di seluruh negara yang didakwa semakin berkurangan, malah kebanyakan pasar raya serta kedai runcit berdepan masalah kehabisan stok, telah mencetuskan pembelian panik.

Bagaimanapun, tinjauan TVS di sekitar Kuching mendapati rata-rata peniaga setakat ini mendapati bekalan telur ayam masih mencukupi.

“Setakat ini, telur dari pihak kami masih mencukupi dan tidak pernah mengalami kekurangan dan harganya juga masih lagi dalam keadaan terkawal,” kata Maria Timono, 29, yang bertanggungjawab membekalkan barangan keperluan asas.

Maria juga menambah, kawalan harga yang berlaku sekarang tidak menjejaskan keadaan bagi pihak peniaga dan pelanggan..

Peniaga, Monica Nanbang, 33, berkata dia memahami isu kekurangan bekalan telur namun masih berusaha mendapatkan bekalan bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Terdahulu, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah, berkata keadaan cuaca yang tidak menentu merupakan antara punca kurangnya penghasilan dan pengeluaran telur ayam dalam negara.

Faktor yang turut mempengaruhi pengurangan pengeluaran telur adalah susulan kejadian banjir luar jangkaan baru-baru ini, di samping peningkatan kos harga bekalan makanan ternakan yang diimport. – TVS

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live