Abang Johari umum BKKS8.0 bernilai RM285.47 juta esok

Spread the love

KUCHING, 27 Jan : Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan mengumumkan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 8.0 esok.

Berdasarkan jemputan media oleh Pejabat Ketua Menteri hari ini, majlis dijangka berlangsung pada pukul 9.30 pagi di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya.

Kelmarin, ketika berucap pada Hari Perkhidmatan Awam 2022, Abang Johari turut mengesahkan bahawa beliau akan melancarkan pakej BKSS 8.0 dalam masa terdekat.

Katanya, pakej berkenaan melibatkan bantuan-bantuan bukan tunai bernilai RM285.47 juta untuk membantu mengurangkan beban rakyat bagi tempoh enam bulan pertama tahun tahun ini.

Sejak negara dilanda pandemik COVID-19, Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pimpinan Abang Johari telah melaksanakan tujuh pakej bantuan kepada rakyat bermula 2020 dengan melibatkan perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM5.3 bilion. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live