Suspek tikam leher pemandu grab bersikap keanak-anakan

Spread the love

KUALA LUMPUR, 26 Jan : Tiada rekod jenayah malah tidak pernah mendapatkan rawatan psikiatri.

Itu didedahkan oleh Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berhubung penahanan seorang lelaki berusia 23 tahun semalam yang dipercayai terlibat dalam kejadian menikam dan menyamun seorang pemandu e-hailing di Sentul Pasar pada Isnin.

Katanya, ketika soal siasat, lelaki berkenaan dilihat bersikap keanak-anakan.

“Suspek yang tidak bekerja itu kini direman selama enam hari sehingga 31 Januari ini,”katanya ketika dihubungi TVS di sini hari ini.

 Seorang pemandu e-hailing cedera pada bahagian leher selepas ditikam oleh pelanggannya dalam kejadian samun di Jalan Sentul Pasar, di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira- kira pukul 2.08 petang pada Isnin lalu, video seorang pemandu grab berusia 47 tahun dalam keadaan berlumuran darah sedang ‘bertarung’ dengan seorang lelaki tular di laman sosial.

Polis mengesahkan mangsa sebelum itu mengambil suspek di Putrajaya dan setibanya di situ, mangsa meminta tambang daripada lelaki berkenaan.

Suspek kemudian meminta nombor akaun bank mangsa kerana ingin membuat bayaran secara dalam talian dan secara tiba-tiba suspek  bertindak menikam mangsa menggunakan objek tajam di bahagian leher mangsa. 

Suspek juga bertindak menarik mangsa keluar dari kereta dan melarikan kereta milik mangsa jenis Proton Saga

Sehubungan itu, semalam polis berjaya menahan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live