RM100 untuk penerima bantuan kebajikan sempena Tahun Baharu Cina

Spread the love

KUCHING, 26 Jan : Setiap penerima bantuan kebajikan menerima sumbangan sebanyak RM100 dan hamper RM80 menerusi Program Sejambak Kasih Tahun Baharu Cina 2022.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK), Dato Sri Fatimah Abdullah, berkata inisiatif ini adalah untuk meringankan beban kewangan serta menceriakan penerima bantuan sempena perayaan yang akan datang.

“Jumlah perbelanjaan wang tunai pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak bagi Majlis Sejambak Kasih ini adalah sebanyak RM610,600 yang diberikan kepada 6,106 penerima di seluruh negeri Sarawak.

“Pada majlis hari ini, seramai 100 orang lagi penerima bantuan bulanan kebajikan Bahagian Kuching diraikan dan akan menerima sumbangan tersebut,” tambah Fatimah ketika berucap pada majlis tersebut.

Dalam pada itu, beliau memberitahu bahawa pendapatan garis kemiskinan (PGK) telah dinaikkan berkuatkuasa 1 Januari 2022 bagi negeri Sarawak daripada RM1,020 kepada RM1,169. – TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live