Remaja 13 tahun antara disyaki penagih dadah

Spread the love

KUALA LUMPUR, 26 Jan: Remaja berusia 13 tahun antara 5,200 individu yang ditahan dalam Op Tapis yang dijalankan di seluruh negara baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dalam operasi bermula dari 21 hingga 23 Januari itu, polis berjaya menahan 76 remaja disyaki penagih dan tokan dadah di beberapa lokasi.

Dalam operasi yang berakhir pada Ahad itu polis turut berjaya merampas pelbagai jenis dadah sebanyak 212.6 kilogram dan 1,199.2 liter dadah yang dianggarkan bernilai RM3.5 juta.

“Seramai 5,446 telah diperiksa dari jumlah tersebut seramai 4,987 lelaki dan 213 perempuan telah di tangkap atas pelbagai kesalahan melibatkan dadah, kesemua yang di tangkap ini berusia antara 13 hingga 60 tahun dan 139 suspek warganegara asing.”

Selain itu, tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (pelucuthakan harta) 1988 iaitu menyita pelbagai aset sindiket dianggarkan bernilai RM2.3 juta.

“Turut dirampas dalam operasi tersebut sepucuk pistol revolver serta tiga butir peluru serta selaras senapang buatan sendiri di Negeri Sembilan dan Sarawak, yang mana pistol terbabit dirampas di Perak.”

Kesemua suspek yang ditangkap disiasat di bawah Seksyen 39B, 39A(2), 39A(1), 39C, 12(2), 6 (Akta Dadah Berbahaya 1952), Seksyen 30(3) Akta Racun, dan Akta Dadah Berbahaya (langkah-langkah pencegahan khas) 1985.

Tambahnya Op Tapis akan dijalankan sebulan sekali selepas perkara tersebut dipersetujui kementerian dalam negeri. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live