Penduduk Rumah Sebastian Tambi bimbang tanah runtuh berulang

Spread the love

SONG, 26 Jan : Suasana tenang waktu pagi bertukar cemas apabila tiga buah stor mula bergerak secara perlahan – lahan dan kemudiannya mengelongsor sejauh 50 meter ke tebing sungai akibat pergerakan tanah di Rumah Sebastian Tambi, di sini pada pagi Isnin lepas.

Kejadian itu menyebabkan penghuni rumah berkenaan yang terletak di tepi Sungai Katibas bimbang kediaman mereka juga mungkin akan terkesan pada bila-bila masa.

Rumah Sebastian Tambi yang diduduki lebih 120 penghuni terletak kira-kira tiga hingga empat jam perjalanan menggunakan perahu dari Pekan Song.

Ketua Polis Daerah Song, Deputi Superintendan Rowney Michael Jalak berkata, kejadian tersebut telah dilaporkan oleh seorang penduduk yang tampil memohon bantuan daripada pihak berkuasa.

“Kejadian itu dilaporkan berlaku pada jam 10.00 pagi dan mengakibatkan kerosakan harta benda termasuk tiga buah stor penyimpanan barang pertanian dan peralatan menangkap ikan,” katanya ketika dihubungi TVS di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana kedudukan stor tersebut terasing daripada rumah panjang.

” Antara barang-barang yang dilaporkan hilang termasuk dua enjin sangkut, tiga unit generator, mesin gergaji, pukat, jala ikan selain peralatan pertanian seperti baja, racun dan lada hitam,” katanya.

Katanya, pihak polis terpaksa menunggu sehingga hari ini untuk membuat pemantauan di lokasi kejadian berikutan cuaca buruk dan arus air sungai yang deras tidak mengizinkan mereka ‘masuk’ ke kawasan itu.

Penghuni Rumah Sebastian Tambi yang terletak di Sungai Katibas berada dalam kebimbangan kerana khuatir rumah panjang mereka mungkin akan turut terkesan pada bila-bila masa.

” Seramai empat anggota polis termasuk dan seorang wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat telah pergi ke lokasi pada tengah hari tadi,” katanya.

Beliau memberitahu, hasil pemantauan mendapati jarak stor yang runtuh bersama gelongsoran tanah hanya lima meter daripada rumah panjang.

“Polis telah menasihatkan penduduk supaya sentiasa berwaspada kerana bimbang insiden tanah runtuh akan berulang,” ujar beliau.

Sementara itu, kejadian tanah runtuh turut dilaporkan berlaku di Rumah Ijau Sibat di Nanga Mukeh, Katibas kira-kira satu jam setengah perjalanan menggunakan perahu dari Pekan Song.

“Ini merupakan kejadian kedua dilaporkan oleh pada jam 4.51 petang Isnin lalu yang mengakibatkan kerosakan sebuah stor tempat penyimpanan barang-barang pertanian,”katanya.

Difahamkan rumah panjang tersebut dihuni seramai 102 penduduk rumah panjang 19 pintu.

Tiada korban dilaporkan dalam insiden tersebut dan anggaran kerugian belum dapat dipastikan. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live