Dua individu ditahan palsukan penyata akaun RM1.2 juta

Spread the love

KOTA KINABALU, 26 Jan : Seorang kontraktor merupakan antara dua individu yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah untuk membantu siasatan kes mengemukakan penyata akaun bank palsu.

Pengarah SPRM negeri, Datuk S. Karunanithy berkata, kedua -dua suspek yang merupakan seorang lelaki dan seorang wanita berusia 41 tahun dan 37 tahun ditahan kira – kira 10 pagi tadi di pejabat SPRM Sabah.

“Mereka berdua dipercayai mengemukakan penyata akaun bank syarikat yang mengandungi butiran palsu tender membekal dan menghantar bahan – bahan makanan kepada sebuah hospital di Sabah untuk tempoh dua tahun pada 2017 yang bernilai RM1.2 Juta,” katanya di sini hari ini.

Karunanithy memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan -TVS

Tags: rasuah, SPRM

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live