Ditahan terima rasuah RM170 000

Spread the love

KOTA KINABALU, 26 Jan : Seorang bekas pengurus kanan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah kerana disyaki menerima rasuah sebanyak RM170 000.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy berkata , rasuah dalam bentuk wang tunai yang diterima daripada kontraktor itu dipercayai sebagai ‘upah’ untuk melancarkan tuntutan bayaran bagi kerja yang telah dilakukan oleh syarikat milik kontraktor berkenaan.

“Suspek yang berusia 51 tahun ditahan kira – kira 9.30 pagi tadi dan akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu dalam masa terdekat,” katanya menerusi kenyataan media di sini hari ini.

Menurutnya, kes akan disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(A) , Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live