Pemandu Grab ditikam di leher, cubaan samun oleh penumpang

Spread the love

KUALA LUMPUR, 25 Jan : Seorang pemandu e-hailing cedera pada bahagian leher selepas ditikam oleh pelanggannya dalam kejadian samun di Jalan Sentul Pasar, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, mangsa berusia 47 tahun sebelum itu mengambil suspek di Putrajaya dan setibanya di Sentul Pasar, mangsa meminta tambang daripada lelaki berkenaan.

Katanya, suspek kemudian meminta nombor akaun bank mangsa kerana ingin membuat bayaran secara dalam talian.

” Semasa mangsa sedang mencari nombor akaun miliknya, secara tiba-tiba suspek  bertindak menikam mangsa menggunakan objek tajam di bahagian leher mangsa. 

Suspek juga bertindak menarik mangsa keluar dari kereta dan melarikan kereta milik mangsa jenis Proton Saga warna kelabu serta beberapa barangan peribadi milik mangsa dalam kereta itu,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Katanya, bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun hari ini yang dipercayai terlibat dalam kes berkenaan.

“Polis turut merampas kereta yang telah dilarikan oleh suspek dan juga beberapa barangan termasuk sebilah pisau dipercayai digunakan oleh suspek untuk mencederakan mangsa semasa kejadian, sebuah beg silang milik mangsa, satu kunci kereta, lesen memandu, passport serta kad perlantikan anggota rela milik mangsa dan beberapa keping kad bank,” katanya.

Beliau memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live