Lelaki tertipu ditawar gaji RM28,000 sebulan jadi pengurus besar

Spread the love

SIBU, 25 Jan : Seorang lelaki mengalami kerugian sebanyak RM8,650 selepas tertarik dengan tawaran gaji lumayan menjadi seorang pengurus besar di sebuah syarikat yang tidak wujud.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Dr Collin Babat berkata, pengadu berusia 51 tahun itu ditawarkan jawatan tersebut oleh suspek yang juga rakan sendiri pada 29 Disember 2020.

“Suspek memberitahu mangsa bahawa gaji yang ditawarkan berjumlah RM28,000 sebulan di Agro Palm Plantation Limited yang terletak di Kalimantan Barat, Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan media pada hari ini.

Menurutnya, pengadu yang bersetuju untuk menerima pekerjaan tersebut terus membuat pembayaran sebanyak RM8,650 ke dalam dua akaun bank seperti yang diarahkan oleh suspek melalui empat kali transaksi bermula pada 26 Jun 2020 hingga 1 September 2020.

Jelas Collin, pembayaran tersebut dikatakan bagi tujuan memproses permohonan permit dan visa untuk mangsa.

Selepas beberapa hari membuat pembayaran, mangsa telah menerima surat tawaran bekerja melalui aplikasi WhatsApp yang dihantar oleh suspek.

“Namun, mangsa menyedari dirinya telah ditipu setelah membuat semakan dan mendapati syarikat tersebut tidak wujud dan nombor telefon juga tidak dapat dihubungi,” jelasnya.

Collin menambah, usaha untuk mengesan suspek telah dibuat sejurus selepas laporan dibuat oleh mangsa.

Usaha gigih pasukan daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu telah membuahkan hasil apabila pergerakan suspek berusia 52 tahun berjaya dikesan ketika dia memasuki Sibu dari Kota Kinabalu pada 7 Januari 2022.

“Hasil maklumat yang diperoleh pasukan JSJK IPD Sibu mendapati suspek berada di Daro,” katanya.

Collin memberitahu, suspek akhirnya berjaya ditahan pada Isnin bagi tujuan melengkapkan siasatan.

Tambah beliau, suspek telah direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama empat hari hingga 29 Januari ini.

Difahamkan, terdapat tiga lagi rakan mangsa berusia dalam lingkungan usia 40-an dan 50-an turut ditipu selepas ditawarkan jawatan lain oleh suspek yang sama.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” tambah beliau. – TVS

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live