BKSS 8.0 dilancarkan tidak lama lagi – Abang Johari

Spread the love

KUCHING, 25 Jan : Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memaklumkan bahawa Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 8.0 bakal dilancarkan dalam masa terdekat.

Menurutnya pakej tersebut memfokuskan kepada bantuan-bantuan bukan tunai.

“Saya akan melancarkan pakej BKSS 8.0 yang melibatkan bantuan-bantuan bukan tunai untuk terus membantu mengurangkan beban rakyat bernilai RM285.47 juta merangkumi enam bulan pertama tahun 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Hari Perkhidmatan Awam 2022, di sini pada hari ini.

Beliau menJelaskan, pakej berkenaan merupakan kadar bantuan terbesar pernah disediakan oleh sesebuah kerajaan negeri dalam Malaysia.

Abang Johari berkata, ia tidak termasuk peruntukan khas berjumlah lebih RM91 juta kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak bagi menampung perbelanjaan menangani pandemik COVID-19 di negeri ini.

Sebelum ini, kerajaan Sarawak telah membelanjakan RM5.3 bilion untuk BKSS 1.0 hingga 7.0 bagi mengurangkan beban rakyat sepanjang pandemik COVID-19 bermula dari 2020 hingga 2021. – TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.