Tiga lelaki ditahan angkara dadah

Spread the love

BINTANGOR, 24 Jan : Tiga lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah di Jalan Abang Amin, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Meradong, DSP Sekam Anoi berkata, hasil pemeriksaan dilakukan, Polis menemui lapan paket plastik lutsinar berisi hablur kristal dipercayai dadah jenis syabu dengan berat kasar 6.28 gram atau bernilai RM500.

Serbuan melalui Ops Tapis Khas itu katanya, dilakukan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Nakotik dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Meradong.

“Kesemua mereka yang masing-masing berusia 26 hingga 34 tahun ditahan bagi membantu siasatan namun, mereka dibebaskan semula dengan jaminan Polis,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sekam berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 39 A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan di bawah Seksen 15(1)(a) ADB 1952.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, Polis tetap mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terbabit dengan sebarang kes jenayah terutama membabitkan dadah.

“Dalam pada itu, saya menyeru kerjasama orang ramai supaya tampil memberikan maklumat bagi memudahkan kita mengambil tindakan dan siasatan dengan kadar segera,” ujarnya. – TVS

Tags: dadah

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live