Penunggang motosikal maut dalam kemalangan dengan pacuan empat roda di Kidurong

Spread the love

BINTULU, 22 Jan: Seorang penunggang maut manakala pembonceng patah paha dan kaki selepas motosikal mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Tanjung Kidurong , dekat sini, petang semalam.

Mangsa, Saiful Hafeez Senuhi, 33, berasal dari Kampung Hilir Beladin, Pusa disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Bintulu. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, kemalangan itu berlaku ketika sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam perjalanan dari Jalan Nyabau menuju ke RPR Kidurong, kira-kira jam 6.20 petang. 

“Semasa hendak memasuki ke simpang Hospital Columbia Asia, secara tiba-tiba sebuah motosikal  yang bergerak lurus dari arah sebelah kiri arah pusat bandar Bintulu telah berlanggar dengan kenderaan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Beliau memberita, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) , Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.