WHO saran tarik balik atau longgar perjalanan antarabangsa

Spread the love

GENEVA, 20 Jan : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam menasihatkan negara anggotanya supaya menarik balik atau melonggarkan larangan perjalanan antarabangsa meskipun pandemik COVID-19 masih dianggap membimbangkan, lapor Xinhua.

Jawatankuasa Kecemasan WHO membentangkan beberapa cadangan kepada Ketua Pengarah WHO, yang memutuskan bahawa pandemik COVID-19 terus menjadi kebimbangan terhadap kesihatan awam di peringkat antarabangsa.

Jawatankuasa itu berkata bahawa bukti vaksinasi terhadap COVID-19 tidak boleh digunakan sebagai satu-satunya cara atau syarat membenarkan perjalanan antarabangsa memandangkan akses global yang terhad dan pengedaran vaksin COVID-19 yang tidak saksama.

Ia juga menasihatkan negara untuk menjalankan siasatan epidemiologi terhadap penularan SARS-CoV-2 di antara manusia-haiwan serta pengawasan terhadap perumah haiwan yang berpotensi.

Jawatankuasa itu meminta pemantauan serta perkongsian data jangkitan dengan rekod masa sebenar, penularan dan evolusi SARS-Cov-2 dalam haiwan, menegaskan bahawa data berkenaan akan membantu memberi kefahaman global serta mengenalpasti virus tepat pada masanya, dan penilaian risiko kesihatan awam. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live