Syarikat penerbangan baharu boleh cetus saingan harga yang agresif – CGS-CIMB

Spread the love

KUALA LUMPUR, 20 Jan : Syarikat penerbangan baharu MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) boleh mencetuskan persaingan harga yang agresif  berikutan kemungkinan berlakunya lonjakan kapasiti tempat duduk dalam tempoh pasca pandemik, kata CGS-CIMB.

Firma penyelidikan itu berkata ia turut mampu merangsang jumlah trafik penumpang.

Baru-baru ini dilaporkan bahawa MYAirline, syarikat penerbangan tambang murah ultra (ULCC) yang baharu ditubuhkan, dijangka dilancarkan tidak lama lagi.

“Memulakan syarikat penerbangan semasa pandemik mungkin akan memastikan kos operasi yang sangat rendah kerana pemberi pajak pesawat tidak sabar-sabar untuk memulakan perniagaan dan kadar pajakan berada pada tahap yang sangat menarik.

“Selain itu, tidak sukar untuk merekrut juruterbang dan anak kapal dengan gaji yang berpatutan, kerana ramai yang telah diberhentikan kerja akibat pandemik itu,” kata CGS-CIMB dalam nota hari ini.

Dengan kos operasi yang rendah, ia berkata MYAirline akan berada dalam kedudukan yang baik untuk menawarkan tambang rendah yang mampan untuk mempromosikan syarikatnya selain mendapatkan bahagian pasaran.

“Kami menjangkakan AirAsia akan bersaing secara agresif dalam tempoh pasca pandemik dengan syarikat penerbangan sedia ada seperti Malaysia Airlines (MAS), Malindo dan Firefly, serta pendatang baharu seperti MYAirline. Manakala, MAS juga berada dalam kedudukan untuk bersaing setelah menstruktur semula liabiliti pajakannya tahun lepas dan Malindo mungkin membawa balik ke Malaysia pesawat jet yang telah dipindahkan ke Indonesia pada 2020 jika permintaan di Malaysia meningkat dengan mencukupi,” katanya.

Sementara itu, mengenai perjanjian operasi (OA) baharu yang akan dimuktamadkan dengan kerajaan, CGS-CIMB berkata semakan yang akan dilakukan pada perjanjian itu juga mungkin dapat meningkatkan keuntungan struktur Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan boleh menjadi satu lagi pemangkin penilaian semula jika ia direalisasikan tahun ini.

Selain itu, ia menambah rentak pembukaan semula sempadan di Asia mungkin meningkat semula sebaik sahaja gelombang Omicron berlalu atau sekiranya kerajaan menilai varian itu kurang berbahaya berbanding varian Delta.

Justeru, CGS-CIMB telah mengulangi saranan ‘tambah’  ke atas MAHB tetapi mengurangkan harga sasaran daripada RM7.45 kepada RM6.95. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live