Sarawak rekod 14 kes positif baharu, tiada kematian

Spread the love

KUCHING, 20 Jan: Sarawak mencatatkan sebanyak 14 kes baharu COVID-19 hari ini.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Sibu merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak tiga kes diikuti Kapit, Kuching dan Miri yang masing – masing merekodkan dua kes.

“Sementara itu daerah Song, Sarikei, Kota Samarahan, Bau dan Limbang juga masing – masing mengesahkan satu kes,” jelas kenyataan berkenaan.

Dalam tempoh 24 jam lalu juga, kesemua kes baharu yang direkodkan itu berada pada kategori satu dan dua selain tiada kematian dan kluster baharu dikesan. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.