Pasar Basah Kuala Matu bantu nelayan jual hasil

Spread the love

MATU, 20 Jan : Inisiatif Kerajaan Sarawak membina Pasar Basah Kuala Matu di sini dijangka akan memanfaatkan nelayan tempatan untuk menjual hasil tangkapan mereka di ruang yang lebih selesa dan tersusun.

Pintu utama Pasar Basah Kuala Matu

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) , Datuk Juanda Jaya berkata, projek berkenaan bermula pada Oktober 2019 dengan membabitkan kos keseluruhan sebanyak sebanyak RM500 000.

“Sebelum ini komuniti nelayan di sini tidak mempunyai tempat yang sesuai untuk memasarkan hasil tangkapan mereka.

“Sehubungan itu, pembinaan pasar ini akan membantu mereka untuk meningkatkan pendapatan,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng.

Datuk Juanda Jaya hadir pada majlis penyerahan projek berkenaan semalam.

Beliau berkata demikian pada Majlis Serah Projek Siap Pasar Basah Kuala Matu, di sini semalam.

Juanda berkata, kompleks itu akan ditambah baik dengan pelbagai kemudahan lain seperti kilang ais, jeti , tempat letak kereta dan kedai makan secara berperingkat.

Bangunan baharu Pasar Basah Kuala Matu

Pasar basah berkenaan akan diserahkan kepada Majlis Daerah Matu Daro sebagai agensi bertanggungjawab untuk menyelia bangunan ini. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live