Nusantara tidak beri ancaman keselamatan kepada Malaysia

Spread the love

KUCHING, 20 Jan: Ibu negara baharu Indonesia, Nusantara tidak dilihat sebagai satu ancaman keselamatan kepada Malaysia menerusi sempadan di Sarawak.

Komander Nasional Task Force (NTF), Laksamana Madya Datuk Aris Adi Tan Abdullah berkata, ia perlu dilihat daripada sisi lain juga yang mana berkemungkinan ia akan mendatangkan 1001 kebaikan kepada Malaysia.

“Terlalu awal untuk kita katakan ia akan menjadi masalah keselamatan kepada Malaysia tetapi pengawasan terperinci tetap akan dilakukan.

“Kita akan ambil tindakan yang bersesuaian dengan apa-apa perkembangan semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat NTF di Wisma Bapa Malaysia pada Khamis.

Yang turut hadir, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mardzuki Muhammad dan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail.

Mengulas lanjut perkembangan berkenaan, Aris Adi Tan berkata, berikutan perpindahan ibu negara Indonesia itu juga, pos keselamatan di sempadan akan ditambah mengikut keperluan semasa bagi mengawal kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Seperti yang telah diumumkan pihak atasan sebelum ini, ada penambahan sebanyak 21 pos keselamatan.

“Penambahan pada masa akan datang adalah bergantung kepada keperluan semasa,” jelasnya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.