Kanak – kanak lelaki lemas terjatuh dari beranda rumah di Kampung Muara Tebas

Spread the love

KUCHING, 20 Jan: Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan terapung oleh bapa saudaranya dalam sungai di Kampung Muara Tebas, di sini kira – kira pukul 7 malam semalam.

Difahamkan, kanak-kanak lelaki berusia setahun lapan bulan itu terjatuh dari beranda rumahnya ketika kejadian air pasang besar berlaku.

Kejadian itu disedari oleh ibunya yang berusaha mencarinya tetapi gagal.

Difahamkan, sejurus ditemukan, penduduk kampung turut berusaha menyelamatkan kanak-kanak lelaki berkenaan namun tidak berhasil.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ashmon Bajah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Beliau memberitahu, sejurus ditemui terapung berhampiran tepi bot berdekatan rumahnya, kanak-kanak lelaki berkenaan segera dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak dan disahkan meninggal dunia pada pukul 8.40 malam.

“Polis menerima laporan berhubung kejadian sekitar jam 8.53 malam tadi.

“Siasatan menyeluruh masih dijalankan dan setakat ini, kes telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. -TVS

Gambar hiasan.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live