JPBNS bermesyuarat rayuan anjurkan tarian singa – Dr. Sim

Spread the love

Kredit gambar Xinhua

KUCHING, 20 Jan: Keputusan untuk membenarkan tarian singa dipersembahkan ketika sambutan Tahun Baru Cina akan datang bergantung kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri , Dato Sri Dr. Sim Kui Hian berkata, JPBNS telah menerima rayuan supaya membenarkan penganjurkan aktiviti berkenaan dan akan mengadakan perbincangan sebelum membuat keputusan.

“Pengerusi JPBNS, Datuk Amar Douglas Uggah Embas sudah menerima surat rayuan. Buat masa ini diharap semua pihak terus bersabar menunggu keputusan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pecah Tanah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Kai Nang di sini hari ini.

Sebelum ini, JPBN tidak membenarkan tarian singa dilangsungkan sebagai langkah membendung penularan COVID-19 termasuk ancaman varian baharu, Omicron.

Sementara itu, Kui Hian yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak berharap rakyat negeri ini dapat bersabar berhubung peralihan ke fasa endemik.

“Kita mahu ‘meninggalkan’ virus ini kerana pada tahun lepas, lebih 4,000 orang meninggal dunia disebabkan jangkitan COVID-19 di Sarawak,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut berharap agar rakyat negeri ini terus berjaga-jaga supaya Sarawak bebas daripada ancaman virus COVID-19.

“Kita merekodkan kes jangkitan baharu satu angka untuk tempoh beberapa hari disebabkan kerjasama semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Oleh itu nasihat saya ialah supaya rakyat mendapatkan dos penggalak segera dan terus patuhi SOP kerana keselamatan rakyat merupakan keutamaan kita,” katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live