Drama Thai TVS : Adik angkat ‘selamatkan’ hero daripada gangguan isteri mafia

Spread the love

PADA mulanya, Tian, si lelaki kaya dan tampan, langsung ‘tidak memandang’ Muey, adik angkatnya walaupun mereka tinggal bersama sejak kecil.

Lebih ‘kejam’, Tian sering membuli gadis itu kerana menganggap Muey mahu menumpang kasih sayang ibunya serta kesenangan yang dimiliki oleh keluarganya.

Adat menjadi lelaki kaya dan ada paras rupa yang mudah menangkap perhatian jelitawan, watak Tian yang dilakonkan oleh aktor terkenal, Mark Pin turut mencabar dirinya menjerat wanita jelita untuk mencari keseronakan.

Masalah timbul apabila Tian bermain cinta dengan Yada, isteri gengster Pondech yang kemudian menghadirkan ancaman terhadap keluarganya.

Demi menyelamatkan Tian dari bahaya, Muey yang sudah lama mempunyai perasaan terhadap abang angkatnya itu, berkata ‘ya’ kepada rancangan perkahwinan yang diatur oleh keluarga mereka.

Memetik kenyataan Media Hiburan, Mark Prin berkata, keputusan menerima watak ‘playboy’ berkenaan adalah kerana dia percaya drama komedi romantik masih menjadi pilihan ramai.

Ia dibuktikan apabila drama berjudul ‘My Husband in Law’ itu mendapat sambutan hangat di Malaysia, Thailand dan China.

Sementara itu, aktress jelita Mew Nittha yang membawakan watak Muey berkata, dia tidak berfikir panjang selepas menerima tawaran untuk bekerja bersama dengan Mark dalam drama ini.

Katanya, ini kerana dia menikmati pengalaman yang menarik sewaktu berlakon dengan aktor itu dalam drama Rak Nakara sebelum ini.

“Dia (Mark) seorang yang sangat profesional selain saya menyenangi sikapnya yang tenang dan penyabar,” katanya.

Namun begitu, pertama kali digandingkan sebagai watak utama dalam drama, masing-masing meluahkan rasa teruja apabila drama ‘My Husband in Law’ telah mencetuskan fenomena tersendiri dalam kalangan peminat drama Thailand.

Apakah kesudahan kisah cinta bertepuk sebelah tangan ini? Dapatkah Muey memenangi hati jejaka idamannya?

Nantikan kesudahan drama My Husband in Law, setiap Isnin hingga Khamis , pukul 8:45 malam di TVS saluran 122 Astro dan myTV. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live