Abang Johari dan NTF bincang aspek keselamatan Sarawak

Spread the love

Kredit gambar , Pejabat Ketua Menteri Sarawak

KUCHING, 20 Jan : Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini mengadakan perbincangan membabitkan isu keselamatan Sarawak bersama National Task Force (NTF).

Perbincangan berkenaan berlangsung sempena kunjungan hormat NTF yang diketuai Komandernya, Laksamana Madya Datuk Aris Adi Tan Abdullah ke Pejabat Ketua Menteri di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya hari ini.

Difahamkan, antara butiran perbincangan termasuklah perlaksanaan Op Benteng di seluruh negeri ini.

Pada majlis sama, bekas Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Datuk Azhar Ahmad yang bertukar keluar dari NTF pada 2 November lepas turut menyampaikan cenderahati kepada Abang Johari sebagai tanda penghargaan.

Yang turut hadir, Pengarah Keselamatan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak, Sophian Isswandy Ismail; Ketua Staf Operasi NTF , Dato Mohd. Yusoff Mamat dan Asisten Ketua Staf Bahagian J2 NTF , Brigedier Jeneral Dzeidee Schaff Jamaluddin.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live