157 kes gigitan anjing liar dilaporkan di Sarikei

Spread the love

SARIKEI, 20 Jan : Orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan kehadiran anjing dan kucing liar walaupun kes kecederaan akibat gigitan haiwan berkenaan yang dilaporkan di kawasan ini cmencatatkan penurunan ketara pada tahun lalu.

Pegawai Kesihatan Bahagian Sarikei, Emmanuel Joseph Fong berkata, sepanjang tahun lepas, sebanyak 157 kes dilaporkan berbanding 634 kes pada 2020.

” Jumlah ini merangkumi kes gigitan yang berlaku di daerah Sarikei, Meradong, Julau dan Pakan,”katanya ketika dihubungi TVS.

Katanya, ini menunjukkan penurunan sebanyak 477 kes bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduduk agar sentiasa mengambil pendekatan positif termasuk menjaga kebersihan persekitaran masing-masing.

“Paling penting individu yang terkena gigitan haiwan ini perlu mendapatkan rawatan segera di pusat rawatan yang berhampiran,” katanya.

Pada masa sama, beliau meminta orang ramai turut memberikan kerjasama dan sedia membuat laporan jika terserempak dengan anjing ganas atau berkelakuan ganjil.

“Orang ramai boleh memaklumkan kepada Pejabat Veterinar atau pihak berkuasa tempatan untuk tindakan lanjut , namun sekiranya mereka memelihara anjing dan kucing, pastikan haiwan berkenaan mendapat suntikan vaksin rabies secara tahunan dan tidak dibiarkan berkeliaran,” jelasnya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live