Pemandu cedera kereta terbabas ke dalam parit

Spread the love

SAMARAHAN, 18 Jan : Seorang lelaki cedera selepas kereta yang dipandunya terbabas ke dalam parit di Taman Berlian, Jalan Samarahan Bypass, dekat sini awal pagi tadi.

Komander Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan, Kam Liman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 2.08 pagi tadi.

Katanya, setibanya di tempat kejadian, bomba mendapati mangsa, Nyambang Keli, tersepit dalam kereta jenis Proton Wira Aeroback dan mengalami kecederaan pada bahagian leher.

” Pasukan penyelamat terpaksa menggunakan rescue tool untuk mengeluarkan mangsa dan operasi berakhir pada pukul 2.55 pagi dan mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan lanjur,” katanya. -TVS

Tags: #bm, bomba

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.