Hero selamatkan rumah panjang terima penghargaan bomba

Spread the love

KUCHING, 18 Jan: Usaha enam penduduk Rumah Dennis Tinting Remat, Sungai Klampai, Saratok mengawal kebakaran diberi penghargaan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak.

Perkongsian ilmu mengenai langkah pencegahan kebakaran bersama komuniti membuahkan hasil apabila penduduk rumah panjang berjaya memadamkan api daripada terus merebak dan memusnahkan rumah panjang mereka.

Enam penduduk rumah panjang yang menerima sijil penghargaan itu ialah Spencer Nanang Anji, Asson Juan, Anyai Jingan, Evanda Dana Manan, Evanhoe Melaka Manan dan Sylvester Undi Asson.

Salah seorang daripada mereka, Spencer Nanang Anji sempat berkongsi pengalaman detik-detik cemas ketika kejadian.

Spencer Nanang Anji.

“Sebelum kejadian, saya dan beberapa orang rakan saya berkumpul di ruai dan tiba-tiba terdengar suara ibu saya menjerit ‘api! api!’ jadi kami terus bangun, ambil alat pemadam api dan berlari ke bilik atas iaitu tempat kebakaran itu bermula.

“Sampai sahaja dalam bilik itu, saya tengok api sudah merebak, tilam dan tikar sudah terbakar jadi saya bertindak pantas membuka klip alat pemadam api itu dan terus halakan hos ke arah api,” katanya berkongsi pengalaman.

Meluahkan rasa syukur, beliau tidak menjangka inisiatif mereka itu akan mendapat perhatian pihak bomba dan diberi penghargaan.

Sijil penghargaan tersebut telah disampaikan Datu Khirudin Drahman dan diiringi Timbalan Pengarah JBPM Negeri Sarawak, Tiong Ling Hii.

Khirudin berkata, tindakan pantas enam hero itu wajar dipuji dan diberi penghargaan.

“Ini bermakna mereka boleh bertindak seperti yang berlaku di Saratok baru-baru ini.

“Mereka tahu cara menggunakan alat pemadam api dan sebagainya,” katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.