Sibu catat penurunan indeks jenayah 30 peratus

Spread the love

SIBU, 18 Jan : Jenayah indeks di daerah ini mencatatkan penurunan sebanyak 30 peratus bagi tahun lepas berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Dr Collin Babat berkata, pada 2020 jumlah kes jenayah yang dicatatkan ialah sebanyak 807 berbanding hanya 560 pada tahun lepas.

Katanya, kejayaan yang dicapai adalah hasil kerjasama erat seluruh pasukan Ibu Pejabat Polis (IPD) berkenaan.

” Bagi kes jenayah komersial pula, pada 2020, sebanyak 286 kes dilaporkan dan 172 telah berjaya dituduh di mahkamah,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Bulanan IPD Sibu di sini hari ini.

Mengulas lanjut berhubung kes komersial, Collin berkata, pada tahun lepas, sebanyak 359 kes dilaporkan dan 152 telah dibawa ke mahkamah.-TVS

Tags: ipdsibu, sibu

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live