Sarawak catat peningkatan kenderaan lebih 600 000 bagi tempoh 10 tahun

Spread the love

KUCHING, 18 Jan : Sarawak mencatatkan pertambahan bilangan kenderaan melebihi 600 000 bagi tempoh 2010 hingga 2020.

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, perkembangan berkenaan telah menyebabkan berlakunya masalah kesesakan lalu-lintas terutamanya di bandar besar seperti Kuching dan kawasan sekitar yang memerlukan penyelesaian segera.

Sehubungan itu katanya, antara langkah yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan negeri ketika ini termasuklah pemasangan lampu isyarat pintar berteknologi kecerdasan buatan (AI) di beberapa kawasan.

“Lampu isyarat pintar akan berfungsi mengikut jumlah kenderaan. Misalnya di simpang, dari laluan sebelah sini tiada kenderaan tetapi di arah bertentangan mencatatkan aliran trafik yang lebih tinggi, lampu isyarat pintar akan mengesannya dan memberikan tempoh masa yang lebih panjang untuk menyuraikan trafik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina di sini hari ini.

Menurutnya, projek pemasangan lampu isyarat pintar juga dijangka akan diperluaskan di seluruh negeri dalam masa terdekat.

Sementara itu, Kim Shin memberitahu, projek naik taraf lima bulatan di sepanjang Jalan Expressway Samarahan yang bermula pada Oktober 2020 dijangka akan siap dalam tempoh 15 bulan.

” Ketika ini projek berkenaan masih dalam proses pembinaan,” katanya.

Lima bulatan berkenaan termasuklah Setia Raja – Samarahan, Stutong – Samarahan, Persimpangan ILP/LKIM, Pusat Jantung Sarawak – Samarahan dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) – Samarahan. -TVS

DKim Shin membantu memakaikan topi keledar kepada penunggang motorsikal.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live