Pemansuhan EnterSarawak beri sinar baharu kepada industri pelancongan

Spread the love

KUCHING, 17 Jan : Sarawak Tourism Board (STB) menyambut baik keputusan memansuhkan permohonan masuk ke negeri ini melalui EnterSarawak.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sharzede Salleh Askor berkata, pihaknya yakin ia bakal membawa perkembangan positif kepada sektor pelancongan negeri yang telah lama terjejas akibat pandemik COVID-19.

Katanya, ini juga akan menjadikan perjalanan ke Sarawak lebih lancar.

” Sehubungan itu, di pihak STB, kami akan melaksanakan pelbagai program untuk mempromosikan destinasi pelancongan di Sarawak dengan tumpuan diberikan kepada segmen pelancong domestik pada tahun ini,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Baru – baru ini, Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) mengumumkan rakyat Malaysia yang ingin masuk ke Sarawak tidak lagi perlu membuat permohonan menerusi EnterSarawak bermula 14 Januari lalu.

Bagaimanapun, orang ramai masih diwajibkan untuk mengisi borang e-Health Declaration Form selain kebenaran masuk hanya diberi kepada individu yang lengkap divaksin dengan pemeriksaan ketat akan dilakukan setibanya di pintu masuk negeri ini.

Mengulas lanjut, Sharzede berkata, keputusan ini memberi keyakinan untuk melihat pemulihan industri pelancongan Sarawak pada tahun ini.

” STB bersedia mengetengahkan lagi budaya, keindahaan alam semula jadi, kepelbagaian makanan dan festival unik di Sarawak untuk tarikan pelancongan,” katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live