MOTAC sambut baik pemansuhan EnterSarawak

Spread the love

SIMUNJAN, 17 Jan : Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyambut positif keputusan pemansuhan EnterSarawak yang diumumkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, keputusan itu memberi galakan kepada sektor pelancongan di Sarawak untuk bangkit semula selama lama terkesan akibat sekatan yang dikenakan untuk mengawal penularan COVID-19.

“Aktiviti-aktiviti yang telah dirancang terpaksa ditangguhkan sejak tahun lepas tetapi saya yakin akan bersambung semula memandangkan kita (Sarawak) baharu sahaja memasuki Fasa Empat , Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang memberikan lebih banyak kelonggaran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Penyerahan Projek Baik Pulih di Kampung Lubok Punggor di sini hari ini.

JBPN baru – baru ini mengumumkan pelancong domestik yang ingin melawat negeri ini tidak perlu lagi mengisi EnterSarawak sebaliknya hanya perlu melengkapkan borang penilaian kesihatan serta disyaratkan melengkapkan proses vaksinasi.

Mengulas lanjur, Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong berkata, beliau menjangkakan aktiviti pelancongan di Sarawak akan kembali rancak selepas sambutan Tahun Baharu Cina.

Dalam pada itu, Nancy turut memberitahu , beliau akan bermesyuarat dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan penggiat industri pelancongan termasuk agensi pengendali umrah.

“Selain itu, ramai yang meminta agar sempadan antarabangsa dibuka semula namun perkara itu perlu dibincangkan dengan lebih teliti,” katanya.

Ketika ini, menerusi inisiatif Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi, Malaysia masih menerima kunjungan pelancong asing. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live