Ban pecah di Lubok Punggor dibaiki, beri kelegaan kepada petani

Spread the love

SIMUNJAN, 17 Jan : Selepas dua tahun aktiviti penanaman padi biris di Kampung Lubok Punggor terganggu akibat masalah ‘ban pecah’, masalah berkenaan bakal selesai apabila kerosakan itu akan dibaik pulih.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kerja – kerja baik pulih itu dijangka menelan kos sebanyak RM1.6 juta dan dijangka siap pada Julai ini.

Nancy berkata, beliau berharap, selepas siap kelak, ia akan kembali memacu kegiatan ekonomi di Simunjan yang merupakan pengeluar utama beras biris di Sarawak yang turut berpotensi untuk menembusi pasaran antarabangsa.

” Saya difahamkan ban yang pecah menyebabkan berlakunya air kotor bertakung sekaligus menyebabkan tanaman padi tidak menjadi selain hasil tuaian juga tidak berkualiti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau lokasi berkenaan di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai potensi pertanian di Simunjan, Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong berkata, ketika ini terdapat 130 ekar sawah padi di kampung berkenaan yang menjadi sumber pendapatan seramai 130 pesawah.

“Sehubungan itu, kawasan Lubok Punggor yang popular dengan penanaman padi itu perlu dihidupkan semula,”katanya.

Nancy berkata, berdasarkan maklumat, ketika ini terdapat seluas 90 ekar kawasan penanaman padi yang masih aktif di kawasan ini manakala bakinya kini menjadi ‘kawasan terbiar’ kerana keadaan yang tidak sesuai untuk proses tanaman.

Sementara itu, seorang petani, Jamayah Bujang berkata, pengumuman kerja baik pulih kerosakan ban itu dinanti-nantikan olehnya selepas dua tahun tidak dapat menjalankan aktiviti pertanian.

Jamayah Bujang.

“Bukan setakat susah, memang langsung tidak dapat (buat aktiviti pertanian) kerana padi sudah bercampur dengan lumpur.

“Sekarang benteng pula pecah, jadi saya mohon pihak berkaitan untuk cepat-cepat lakukan baik pulih ban itu supaya kami dapat bertani lagi,” katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live