Pasar Malam Unigarden dinaik taraf, lengkap prasarana baharu

Spread the love

SAMARAHAN, 16 Jan : Pasar Malam Unigarden Kota Samarahan telah dinaik taraf untuk menjadi sebuah medan selera, setelah ia siap disediakan dengan prasarana lengkap yang memberikan kemudahan kepada masyarakat sekitar untuk menjalankan operasi perniagaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, berkata ia juga akan memberi kesan yang positif kepada para usahawan apabila lebih ramai pengunjung datang selepas ini.

“Kita lihat telah ada satu tempat khusus untuk usahawan, yang disediakan oleh MajlI Perbandaran Kota Samarahan (MPKS), dan kawasan ini mempunyai potensi dan sesuai dijadikan medan selera.

“Dengan menampilkan ciri yang lebih selamat, tersusun dan lebih kukuh, saya berpendapat mereka tidak lagi perlu risau akan keadaan cuaca yang tidak menentu berbanding sebelum ini kerana mereka menggunakan khemah biasa,” katanya pada Majlis Serah Kunci Medan Selera Unigarden Kota Samarahan di sini, pada Sabtu.

Hamzah berkata, sebanyak 32 gerai beroperasi di tempat itu yang dapat menjadi lubuk rezeki bagi peniaga selepas mereka terpaksa menutup gerai seketika sebelum ini ekoran rentetan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagi peniaga di Medan Selera Unigarden pula, mereka menganggap kemudahan yang disediakan sebagai sinar baharu bagi mereka untuk menghidupkan semula ekonomi.

Malah mereka menyifatkan kemudahan gerai yang lebih kukuh itu sebagai sudah memadai bagi mereka untuk menjalankan operasi perniagaan.

Menurut salah seorang peniaga, Mustapa Junaidi, ini adalah peluang bagi mereka untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dengan menyajikan makanan, lebih-lebih lagi kepada para penuntut institut pengajian tinggi, memandangkan kawasan tersebut berhampiran dengan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kota Samarahan.

“Kita tahu sekarang harga bahan mentah sudah naik, tetapi kami di sini tetap menyediakan konsep menu makanan yang mesra pelanggan, lebih-lebih lagi untuk membantu para pelajar.

“Dalam erti kata lain, semua lapisan masyarakat mampu menikmati juadah yang kami jual di sini,” katanya.

Sementara itu, Zaidi Razuan, yang juga salah seorang peniaga di sana, mengharapkan lebih ramai pengunjung akan datang ke kawasan itu.

“Pertama sekali, kita bersyukur kerana telah disediakan dengan kemudahan seperti ini. Insha Allah, saya percaya dan berharap agar lebih ramai masyarakat tahu tentang perubahan yang lebih selesa di kawasan ini,” ujar Zaidi. – TVS

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live