Letusan gunung berapi Tonga tidak beri ancaman tsunami kepada Malaysia – MET Malaysia

Spread the love

KUALA LUMPUR, 16 Jan : Kejadian gunung berapi di dasar laut yang berlaku di perairan Tonga semalam tidak memberi sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) jaminan itu berdasarkan pemantauan berterusan semakan tolok pasang surut serta boya antarabangsa dan tempatan serta maklumat laman sesawang Regional Tsunami Service Providers (RTSP).

“Sila dapatkan maklumat gempa dan amaran tsunami terkini melalui laman web Jabatan Meteorologi Malaysia iaitu www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi MET Malaysia serta Hotline di talian 1-300-22-1638”

Ketua Pengarah MET , Malaysia Muhammad Helmi Abdullah berkata, pihaknya akan sentiasa memantau secara berterusan perkembangan kejadian ini dan akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini yang berkaitan dari semasa ke semasa. -TVS

Tags: tonga, tsunami

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.