Tampil dapatkan rawatan pemulihan dadah, elak isu remaja ‘jenazah’ berulang

By Bernama
Spread the love

KUALA LUMPUR, 15 Jan : Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mahu mereka yang terjebak dengan penagihan dadah untuk tampil mendapatkan bantuan rawatan dan pemulihan melalui pelbagai kemudahan disediakan agensi itu di seluruh negara.

Ini susulan isu tular seorang remaja yang dimandikan seperti jenazah selepas gagal dalam cubaan mencuri duit tabung masjid dan mendapat pelbagai reaksi netizen termasuk yang simpati terhadapnya.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah AADK Tuan Sutekno Ahmad Belon berkata hasil siasatan polis mendapati remaja itu bertindak sedemikian dikatakan untuk membeli dadah dan bermain judi dalam talian dan pada masa sama, hasil ujian saringan air kencing mendapati beliau positif dadah jenis syabu.

Tuan Sutekno berkata pihaknya menawarkan perkhidmatan rawatan dan pemulihan bukan sahaja secara fizikal malah terdapat program pemulihan dalam komuniti yang tidak memerlukan klien berada di dalam Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di bawah agensi itu.

“Kesemua kemudahan berkenaan adalah terbuka kepada warganegara terjebak dengan masalah penagihan dadah yang ingin mendapatkan rawatan sewajarnya,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Mengenai remaja berkenaan, Tuan Sutekno berkata ia memerlukan kerjasama secara holistik pelbagai agensi bagi memastikan ia tidak berulang.

Menurutnya, orang awam yang mahu membantu mana-mana individu yang mempunyai masalah sama boleh hadir ke Pejabat AADK berhampiran atau hubungi Hotline AADK menerusi talian 03-89112233. – TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Karuna Web Design