Mangsa banjir Kampung Seduan Jaya dijangka pulang hari ini

By Bernama
Spread the love

SIBU, 15 Jan : Mangsa banjir yang berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Masyarakat Kampung Jeriah di sini dijangka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing hari ini berikutan paras air sudah surut.

Menurut kenyataan daripada pusat kawalan operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak, air surut sepenuhnya di Lot 482 Jeriah Barat 5 Kampung Seduan Jaya manakala di Lot 462 kawasan yang sama, paras air adalah setinggi 0.3 meter.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Dr Annuar Rapaee yang melawat PPS tersebut pada petang kelmarin berharap kesemua 44 orang daripada lima keluarga yang berada di PPS itu dapat pulang ke rumah hari ini.

“Sebelum mereka dibenarkan kembali ke tempat kediaman, kita perlu pastikan rumah mereka selamat untuk didiami. Jika tidak, mereka perlu ditempatkan di rumah sewa untuk sementara,” katanya kepada Bernama semalam.

Sementara itu, APM dalam kenyataan memaklumkan air surut sepenuhnya di Lorong Bahagia 9A, Lorong Bahagia Tengah 6 dan Jalan Bahagia Fasa 4 di Kampung Bahagia, Teku di sini dan boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.

Di Kapit, paras air menunjukkan trend meningkat di kawasan Rumah Panjang John Ramba, Kampung Bau, Kampung Muhibbah, Sekolah Kebangsaan (SK) Lepong Balleh dan jeti bot di Kapit, justeru penduduk setempat  dinasihatkan supaya berwaspada.

Di Matu, penduduk di sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Matu, SK Orang Selair, SK Orang Kaya Sergunim, Kampung Jemoreng, Kampung Bertong, Kampung Sekaan Besar, Pekan Matu, Kampung Bawang, Kampung Sekaan Kecil, Kampung Tian turut diminta berwaspada selepas paras air meningkat susulan hujan dari petang Khamis hingga pagi Jumaat.

“Keadaan di lokasi masih terkawal namun penduduk kampung harus berwaspada dengan cuaca yang tidak menentu dan kenaikan paras air sekiranya hujan berlanjutan sehingga Selasa depan dan berlakunya air pasang laut bermula Isnin, berkemungkinan paras air akan meningkat secara mendadak,” menurut kenyataan itu.

Turut berdepan kemungkinan banjir berikutan hujan dan air pasang laut ialah Kampung Boom, Oya di daerah Dalat, dekat sini. – TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Karuna Web Design