Bumbung rumah terbang sekelip mata

By Douglas Elliot
Spread the love

BAU, 15 Jan : Bagai ledakan bom, itulah situasi yang digambarkan oleh mangsa ribut yang membadai Kampung Opar, Bau pada 4 Januari lalu.

Dalam insiden pukul 6 petang itu, enam keluarga hilang tempat teduh apabila atap rumah mereka diterbangkan oleh angin kencang.

Salah seorang mangsa, Daid Nigop, 67, berkata , kejadian ribut itu menyebabkan rumahnya terjejas.

Menurutnya, kejadian berlaku sekelip mata ketika dia sedang bersembang dengan ahli keluarga di ruang tamu rumah.

“Selepas 15 minit, angin kencang berhenti tetapi rumah saya dan jiran rosak teruk,” katanya.

Menurut Daid, ketika angin kencang membadai rumahnya, dia berlari keluar dari kediamannya apabila mendengar bunyi kuat seakan -akan letupan bom.

Hilang ditiup angin kencang… Daid menunjukkan kerosakan yang dialami di rumahnya di Kampung Opar.

Selain kerosakan bumbung rumah, dia berkata, dokumen penting seperti sijil beranak dan sijil tanah juga hilang ketika kejadian ribut berkenaan.

Bagi Yanaziha, 33, pula, ketika kejadian, dia sedang sibuk menguruskan kerja rumah dan sebahagian dapur dan ruang tamu rumahnya turut rosak.

“Masa itu keadaan memang panik. Anak saya terlalu takut lalu menangis ketakutan.

“Yang saya fikir ketika itu hanyalah nyawa,” jelas Yanaziha.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar , Billy Sujang yang mengadakan lawatan susulun ke kampung berkenaan hari ini berkata, ketika ini kerja membaik pulih dilaksanakan menggunakan bantuan di bawah Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS).

Ujarnya, kos untuk membaik pulih enam rumah berkenaan dianggarkan sebanyak RM289,000.

“Di bawah Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Opar, setakat ini kami telah menyalurkan dana membaik pulih di bawah PPMRS sebanyak RM15,000 maksimum kepada keluarga yang terjejas teruk,” katanya.

Sempena lawatan berkenaan, Billy turut menyerahkan Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000 kepada keluarga terjejas.

Pada masa sama, beliau memberitahu, dana tambahan sebanyak RM148,050 turut disumbangkan oleh Jabatan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Meninjau status kerja pembaikan…. ADUN Opar Billy Sujang melawat rumah yang terjejas di Kampung Opar pada Sabtu, 15 Januari.

Terdahulu, bantuan kecemasan segera sebanyak RM10,000 turut disalurkan kepada mangsa pada 5 Januari yang lalu.

Yang turut hadir, Pegawai Daerah Bau , Anielia Siam, Ketua Polis Daerah Bau ,Deputi Superintendan Poge Nyaon dan Ketua Kampung Opar Dewen Giam. – TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Karuna Web Design