Banjir di Sibu pulih, penduduk terjejas dibenarkan pulang

Spread the love

SIBU,15 Jan : Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kampung Jeriah yang dibuka bagi menempatkan 46 mangsa daripada lima keluarga terjejas banjir di Kampung Seduan, Rabu lepas, ditutup berkuat kuasa pukul 1.00 tengah hari ini.

Notis makluman penutupan itu diumumkan Pejabat Daerah Sibu dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) merangkap Residen Bahagian Sibu, Wong Hee Sieng memberitahu Bernama kesemua mangsa banjir telah dibenarkan kembali ke rumah masing-masing setelah keadaan banjir di kampung itu disahkan pulih.

Rabu lepas Daerah Sibu menjadi daerah pertama di Sarawak dilanda banjir apabila Kampung Seduan telah dinaiki air berikutan hujan lebat selama beberapa hari.

Manakala Ketua Bomba dan Penyelamat Sibu, Janggan Mulling mengingatkan penduduk yang tinggal di kawasan berisiko banjir dan sepanjang sungai di sini supaya sentiasa berjaga-jaga terhadap sebarang kemungkinan banjir.

“Ini memandangkan hujan lebat dijangka turun berterusan dalam tempoh 24 jam ini dan pada masa sama kurangkan aktiviti di air,” katanya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.