Tragedi pagi Jumaat, empat rumah musnah dijilat api

By TVS
Spread the love

KOTA KINABALU,14 Jan : Ketenangan pagi Jumaat di Kampung Suok Batu, dekat sini bertukar menjadi tragedi apabila empat buah rumah musnah dalam kebakaran.

Kebakaran pada pukul 7.16 pagi tadi turut memusnahkan lima buah kenderaan penduduk kampung itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Zainal Radsung berkata, tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan dua buah rumah berhampiran daripada turut dijilat api.

Kesemua mangsa yang terjejas akibat kebakaran pagi tadi telah dipindahkan ke Dewan Kivavang, Kepayan.

“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 9.40 pagi tadi.

“Seramai 23 orang mangsa yang merupakan penghuni kesemua rumah yang terbakar itu selamat dan tidak mengalami kecederaan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Katanya, kebakaran berkenaan telah memusnahkan keseluruhan struktur empat rumah terlibat.

Beliau turut memberitahu, kesemua mangsa daripada empat keluarga itu kini dipindahkan ke Dewan Kivavang, Kepayan.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian kini masih dalam proses siasatan. -TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Karuna Web Design