Syukri, si pencipta dron dari Sarawak

Spread the love

KUCHING, 14 Jan : Sering kita melihat ramai yang menjadikan pengendalian dron bukan sahaja sebagai hobi namun digunakan secara meluas bagi aktiviti pengawasan, pemantauan trafik dan cuaca.

Maka tidak hairan juga mereka ini sanggup menggunakan duit sendiri untuk membeli alat-alat yang digunakan untuk mencipta dron.

Syukri Arabi, yang mempunyai kelulusan dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Dalam Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) ini berkata, sejak menerokai hobi dalam bidang inovasi itu, beliau sanggup mengeluarkan duitnya sendiri untuk membeli peralatan untuk membuat dron dan mesin cetak 3D.

“Sejak 2017 , saya mula meneroka dengan lebih mendalam lagi mengenai hobi yang boleh dikatakan inovasi teknologi sehinggalah saya membuka langkah untuk mencipta dron.

“Selain itu, hobi ini telah membawa saya sekali lagi untuk mencipta mesin cetak 3D kerana printer ini mampu menterjemahkan aksesori yang saya reka untuk keperluan dron,” katanya kepada TVS baru – baru ini.

Walaupun tidak memiliki kepakaran dalam bidang elektrik dan elektronik, pemuda berusia 30 tahun ini menimba ilmu menerusi internet seperti youtube serta perkongsian ilmu daripada rakan terdekat yang mahir mencipta dron.

Selari dengan inisiatif Kerajaan Sarawak iaitu memperkukuhkan pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dan latihan teknikal, pendidikan dan vokasional (TVET), Syukri menambah, Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) mengambil inisiatif mengadakan bengkel , sebagai salah satu pendekatan bagi melahirkan belia berdaya maju dalam menghadapi cabaran revolusi perindustrian 4.0 tercapai.

Berkongsi pendapat bagaimana tenaga pengajar mendapatkan pengisian pengajaran menarik untuk pembelajaran, katanya, aktiviti secara hands on turut memainkan peranan penting. -TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.