Sayap belia PBB, usaha tiga langkah ke hadapan Abang Johari

Spread the love

KUCHING, 14 Jan : Tindakan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak untuk menubuhkan sayap baharu yang menagih pengaruh belia disifatkan sebagai satu langkah yang tepat sering dengan peredaran politik semasa.

Menurut Penganalisis Sosio Politik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya, Prof Dr Awang Azman Awang Pawi, keputusan untuk menubuhkan cabang baharu itu membuktikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tidak mementingkan diri sendiri, sebaliknya memastikan terdapat kesinambungan yang akan terus berlaku pada masa akan datang.

“Jika kita melihat kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Abang Johari, beliau sekarang ini dalam situasi untuk menyediakan barisan pelapis kepimpinan negeri Sarawak meliputi pelbagai aspek, misalnya ia akan dianggotai oleh mereka yang berusia 18 tahun hingga 28 tahun, 29 tahun kepada 38 tahun dan seterusnya”, katanya ketika dihubungi TVS.

Katanya lagi melihat kepada struktur yang dirancang menerusi pasukan PBB, ia dapat menubuhkan sebuah gerakan yang lebih baik dan terancang dan mampu memastikan setiap lapisan umur itu tidak terpinggir dalam pembangunan.

Tambahnya dengan adanya sayap belia itu nanti, maka kerajaan akan lebih mengetahui apa sebenarnya kemahuan golongan-golongan tertentu, dan ini jelas membuktikan tindakan Abang Johari membawa sebuah pembangunan yang menyeluruh untuk kemakmuran rakyat di negeri ini.

Terdahulu pada Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB Sarawak ke-13 pada 9 Januari lalu, Abang Johari yang juga Presiden PBB Sarawak mengumumkan parti tersebut telah meminda perlembagaan parti tersebut untuk mewujudkan satu lagi cabang baharu yang lebih tertumpu kepada pengaruh golongan belia, selepas pergerakan wanita dan pergerakan pemuda. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.